CHaSe merupakan sistem penilaian risiko dalam talian yang mengandungi beberapa soalan berkaitan COVID-19. Responden akan menerima ringkasan laporan risiko jangkitan dan cadangan tindakan untuk diambil. CHaSe juga mengandungi pendidikan kesihatan dan maklumat mengenai COVID-19.
Semua kandungan dan bahan dalam CHaSe adalah bertujuan sebagai makluman atau cadangan sahaja. Sistem ini tidak berfungsi sebagai pengganti kepada rundingan, diagnosis atau rawatan oleh pengamal perubatan atau kesihatan bertauliah.