CHaSe merupakan satu sistem penilaian risiko dalam talian yang dibangunkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kolaborasi bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) untuk menilai dan memantau tahap risiko anda terhadap jangkitan COVID-19. Sistem ini bertujuan membantu anda mengetahui tahap risiko serta tindakan yang harus diambil. COVID-19 adalah penyakit berjangkit baharu yang berbahaya. Ia sangat mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Penting untuk anda ketahui faktor risiko dan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 kerana ini boleh mengurangkan penularan serta menyelamatkan banyak nyawa.
CHaSe merupakan hasil kajian mengenai pengurusan risiko berkaitan COVID-19 yang telah dijalankan oleh penyelidik daripada Fakulti Perubatan dan Fakulti Informatik & Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin. Kajian secara saintifik melalui sorotan literatur terkini dan pengujian model risiko secara statistik telah dilakukan dalam mengenalpasti faktor utama yang menyumbang kepada pengelasan risiko jangkitan COVID-19. Kajian ini akhirnya telah diterjemahkan dalam bentuk sistem berasaskan laman sesawang dalam memberikan manfaat kepada agensi dan masyarakat. Agensi boleh memantau risiko jangkitan COVID-19 di kalangan staf mereka dan membuat tindakan bersesuaian dalam mengelakkan risiko COVID-19 merebak ke dalam organisasi mereka.
No |
Nama |
Peranan/Kepakaran |
|---|---|---|
1 |
Prof. Dr. Hafizan Bin Juahir |
Project Leader Professor of Chemometrics |
2 |
Prof. Dr. Harmy Bin Mohamed Yusoff |
Deputy Project Leader, Family Medicine Specialist |
3 |
Prof. Madya Dr. Aniza Binti Abd Aziz |
Epidemiologist and Biostatistician |
4 |
Dr. Nor Iza Bt Abdul Rahman |
Clinical Microbiologist |
5 |
Prof. Dr. Nyi Nyi Naing @ Syed Hatim Noor |
Epidemiologist and Biostatistician |
6 |
Dr. Mohd Salami Bin Ibrahim |
Microsoft Excel Expert, Medical Educationist |
7 |
Dr. Nor Kamaruzaman Bin Esa |
ENT Consultant |
8 |
Dr. Ras Azira Bt Ramli |
Molecular Biology |
9 |
Dr. Samhani Bt Ismail |
Cognitive Neuroscientist |
10 |
Azwa Bin Abdul Aziz |
IT Team Leader Data Scientist |
11 |
Prof Madya Ts Dr Syadiah Nor Binti Wan Shamsuddin |
Human Computer Interface IT project management |
12 |
Prof. Madya Ts. Dr. Mokhairi Bin Makhtar |
Classification Modeling Data Analyst |
13 |
Dr. Elissa Nadia Binti Madi |
Statistician |
14 |
Dr. Suhailan Bin Safei |
Clustering and Decision Support System Realtime Software Engineering System Analyst |
15 |
Ahmad Aiman Bin Shallahuddin |
Programmer |
16 |
Mohammad Hariz Bin Hasni |
Programmer |
17 |
Muhammad Kamal Arif Bin Razali |
Programmer |
18 |
Mohd Masrul Bin Ibrahim |
Mobile Programmer |
19 |
Afiq Nasri bin Othman |
Post BI Developer |
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA
09-668 8888
09-668 7869
[email protected]